OLEH KATAK BERHARAP
WATAK-WATAK
WARTAWAN (seorang wartawan wanita dari majalah berprestij Malaysia, Ketupat)
JURUGAMBAR (jurugambar Ketupat)
USTAZ BERJUBAH DAN BERSERBAN (seorang alim muda)
SAINTIS MEMAKAI KOT MAKMAL(seorang graduan muda bioteknologi yang baru pulang dari Australia)
PAK TAM (Tuan Warung TEH TARIK SETARBAK)
DUA ORANG LELAKI MEMAKAI JUBAH DAN LEBAI (pengikut Ustaz)
DUA ORANG LELAKI MEMAKAI KOT MAKMAL (pengikut Saintis)
KETUA PENGARANG KETUPAT(berpakaian kemas)
BABAK 1
SUARA LATAR:
Sebenarnya, masalah dalam manusia Barat, secara tabiinya, tidak boleh menjangkit ke dalam kemanusiaan Timur yang terbina dengan asas akidah yang kukuh dan dipelihara oleh syariah yang utuh. ManusiaTimur yang berpegang teguh pada Islam yang dibawa 1400 tahun lampau menyaksikan pelbagai perkembangan baik dari segi pengetahuan, kemahiran, kesenian, pentadbiran dan kemasyarakatan. Di sudut lain, di dunia Barat, sejarah telah menyaksikan kecelaruan di dalam sistem kemasyarakatan yang didominasi oleh golongan gereja. Golongan menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan saintifik menentang kongkongan gereja dengan penciptaan dan pergerakan falsafah rasional mereka. Pertentangan yang berkurun antara golongan gereja dan saintis ini menyebabkan lahirnya satu gagasan yang memisahkan antara agama dan sistem sosiopolitik – yang dinamakan secularization. Sungguhpun pada zaman sekarang, golongan Barat mendakwa mereka telah menjuarai kemodenan, namun, di celah-celah bangunan tinggi dan kecanggihan iPhone dan internet, masih terdapat manusia yang tidak mencerminkan ketamadunan yang mereka banggakan itu.
JUMAAT, 9 MEI – Program bulanan, Kembara Ilmu III anjuran MISSA semalam mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa Adelaide dengan kehadiran lebih daripada seratus orang. Siri ketiga ini membawa para peserta untuk merenung perbincangan yang bertajuk ‘Kau Sahabat, Kau Teman,’ yang disampaikan oleh Doktor Zaki bin Ibrahim, Presiden ISMA Australia. Program yang bersifat pengisian ilmiah ini bermula pada jam 8.15 malam di Eclipse Room, Union House, University of Adelaide. 
