Karang-Lah

DRAMA: KAMPUNG JANDA BERJANGGUT
OLEH KATAK BERHARAP

WATAK-WATAK

WARTAWAN (seorang wartawan wanita dari majalah berprestij Malaysia, Ketupat)

JURUGAMBAR (jurugambar Ketupat)

USTAZ BERJUBAH DAN BERSERBAN (seorang alim muda)

SAINTIS  MEMAKAI KOT MAKMAL(seorang graduan muda bioteknologi yang baru pulang dari Australia)

PAK TAM (Tuan Warung TEH TARIK SETARBAK)

DUA ORANG LELAKI MEMAKAI JUBAH DAN LEBAI (pengikut Ustaz)

DUA ORANG LELAKI MEMAKAI KOT MAKMAL (pengikut Saintis)

KETUA PENGARANG KETUPAT(berpakaian kemas)

BABAK 1

SUARA LATAR:

Sebenarnya, masalah dalam manusia Barat, secara tabiinya, tidak boleh menjangkit ke dalam kemanusiaan Timur yang terbina dengan asas akidah yang kukuh dan dipelihara oleh syariah yang utuh. ManusiaTimur yang berpegang teguh pada Islam yang dibawa 1400 tahun lampau menyaksikan pelbagai perkembangan baik dari segi pengetahuan, kemahiran, kesenian, pentadbiran dan kemasyarakatan. Di sudut lain, di dunia Barat, sejarah telah menyaksikan kecelaruan di dalam sistem kemasyarakatan yang didominasi oleh golongan gereja. Golongan menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan saintifik menentang kongkongan gereja dengan penciptaan dan pergerakan falsafah rasional mereka. Pertentangan yang berkurun antara golongan gereja dan saintis ini menyebabkan lahirnya satu gagasan yang memisahkan antara agama dan sistem sosiopolitik – yang dinamakan secularization. Sungguhpun pada zaman sekarang, golongan Barat mendakwa mereka telah menjuarai kemodenan, namun, di celah-celah bangunan tinggi dan kecanggihan iPhone dan internet, masih terdapat manusia yang tidak mencerminkan ketamadunan yang mereka banggakan itu.

Persoalannya di sini, apakah bayang-bayang hitam yang menghantui manusia Barat sekian lama itu muncul dan menghantui manusia Timur pula sekarang?

Tirai pentas dibuka, menampakkan susunan kerusi dan meja di sebuah warung yang bertanda “TEH TARIK SETARBAK.” Seorang lelaki tua kelihatan sedang mengelap meja dan membetul-betulkan kedudukan kerusi. Seorang lelaki yang membawa kelalang kon yang berisi cecair biru pekat dan diikuti dengan dua orang yang memakai kot putih makmal mengambil tempat duduk di warung. Kelihatan saintis itu menggoncang perlahan kelalang konnya sambil memberi penerangan saintifik mengenai apa yang sedang dilakukannya. Dua orang pengikutnya tekun menyalin apa yang dicakapkannya. Tuan warung yang berada di balik kaunter menggeleng-gelengkan kepala.

PENGIKUT SAINTIS 1

Inilah bagusnya kita, mengkaji sesuatu itu dari segi saintifik. Kalau tak, selama-lamanya orang percaya pada benda tahyul dan tak logik. Zaman sekarang ini, semuanya perlu dibuktikan dengan sains. Dengan sains sahajalah kita boleh mencapai kemajuan.

PENGIKUT SAINTIS 2

Betul tu. Zaman moden ini, takkan kita nak berpegang lagi pada benda-benda kolot itu. Eii, bodohnya kalau tak berfikir secara saintifik macam kita. Tambahan, sekarang ni, bila kerajaan berusaha nak memudahkan pelajaran sains, dengan buat PPSMI, masih ada yang nak menentang. Apa ke jumud punya pemikiran. Tak tahu ke, ilmu sains semuanya dalam Bahasa Inggeris. Kalau nak belajar dalam Bahasa Melayu, takat sastera-sastera ni bolehlah.

SAINTIS

Bagus, bagus. Nampaknya, kalian sudah memahami konsep ilmu saintifik yang saya pelajari di Australia dulu. Itulah gunanya kita belajar sains, boleh buatkan manusia jadi pandai, macam kalian.

Pak Tam, kasi teh tarik Setarbak tiga. Kurang manis ya. Pak Tam tahu tak yang fruktosa, laktosa dan sukrosa boleh ditukarkan menjadi lemak serta-merta dalam badan. Kami tak naklah kena obesiti, juga diabetis.

PAK TAM

Haaaaa?????

SAINTIS

TEH TARIK TIGA!!!

(Pak Tam menyediakan pesanan yang diminta. Sementara itu, pengikut saintis sibuk mencatat entah apa. Saintis meneliti kelalang konnya)

PENGIKUT SAINTIS 1

Entah-entah, teh tarik Pak Tamlah punca janda di kampung sini semua berjanggut tak.

PENGIKUT SAINTIS 2

Hah, macam mana tu doktor? Tak nak masukkan itu sebagai dalam senarai possibilities of occurance? Mana tahu…

SAINTIS

Tak boleh, tak boleh. Saya dah buat eksperimen. Itu tak lojik sekali. Kalau betul teh tarik Setarbak ini puncanya, mesti Pak Tam ni dah lama jadi jembalang tua.

(Ketawa berdekah-dekah)

PENGIKUT SAINTIS 1

Jembalang tua yang pekak. (ketawa lebih kuat)

(Pak Tam menghantar tiga cawan teh tarik di meja.)

(Kedengaran bunyi enjin kereta dimatikan)

(Semua orang bangun dan tertengok-tengok ke arah tepi pentas. Wartawan dan jurugambar masuk ke pentas)

PENGIKUT SAINTIS 1

Eh, tengok tu, siapa tu hah? Kenapa kereta tu ada gambar Ketupat besar-besar dekat pintu kereta? Tak ada unsur-unsur saintifik pun.

PENGIKUT SAINTIS 2

Ketupat? Bukan makanan itu makanan raya ke? Tahu tak, rendang yang dihidang bersama Ketupat itu mengandungi kolestrol yang sangat tinggi. Tak baik untuk kesihatan tu. Kenapalah orang kita bodoh sangat hidang benda-benda tak sihat ni?

SAINTIS

Kamu berdua ni. Itu wartawanlah. Tengok ada orang bawa kamera besar. Ini mesti wartawan Ketupat. Kalau bernasib baik, mesti kita dapat masuk muka depan. Mesti kita jadi terkenal. Bukan senang orang nak kenal saintis macam kita ni. Ayuh, cepat kita tegur mereka.

WARTAWAN

Encik, boleh tumpang tanya? Ini kampung yang ada perempuan berjanggut tu ke?

SAINTIS

Hah, memang cik tiba di tempat yang betul dan waktu yang tepat. Saudari ni wartawan Ketupat kan? Nama saya Ali. Dekat Australia, orang panggil saya Al’. Saya graduan bioteknologi dari sana. Tapi tak apa, saya boleh ceritakan apa yang berlaku di sini secara saintifik. Maklumat itupun yang awak nak tahu kan?

WARTAWAN

(Terkejut dan berundur setapak ke belakang) Err.. boleh, boleh. Tapi, boleh kami duduk dulu tak? Jauh perjalanan kami ni.

SAINTIS

Eh, boleh! Apa salahnya. Sila-sila. Ha, Pak Tam, bagi teh tarik special untuk dua orang wartawan Ketupat ni.

PAK TAM

Haaaa apa?

PENGIKUT SAINTIS 2

(menjerit) TEH TARIK 2!!

(mereka berlima duduk semeja. Wartawan dan juru gambar berasa kurang selesa kerana perlakuan saintis dan pengikutnya sedikit aneh)

WARTAWAN

Awak ini penduduk kampung ini juga ke? Pakaian awak aneh sekali.

SAINTIS

Sudah semestinya. Saya pakai begini sebab nak tunjukkan saya adalah seorang ahli bioteknologi. Saya adalah satu-satunya anak kampung ini yang berjaya ke luar negara. Sudah semestinya, saya produk PPSMI yang berhasil tu.

WARTAWAN

Oh ya ka. Saya ingatkan orang gila mana tadi. Jadi, bolehlah saya wawancara encik bertiga mengenai kejadian yang berlaku di kampung ini.

PENGIKUT SAINTIS 2

Boleh sahaja. Asalkan cik letakkan muka kami di muka hadapan majalah Ketupat ya.

WARTAWAN

Itu tiada masalah. Itupun kalau ketua pengarang tengok muka kalian cukup kacaklah.

(Kedengaran salam dari tepi pentas. Tiga orang berjubah dan berserban  sambil membawa tasbih merapati pentas)

USTAZ

Masya-Allah, cerah betul hari ini ya, akhi-akhi sekalian. Ana rasa inilah keberkatan yang kita semua dapat. Cuba antum bayangkan kalau hujan hari ini, mesti susah kita nak ke sini. Sesungguhnya, inilah yang dinamakan rahmat. Orang yang ada kefahaman sahaja yang dapat merasakan semua ini.

KEDUA-DUA PENGIKUT USTAZ

Alhamdulillah. Keberkatan…. Kerahmatan… Kefahaman… (berkata sambil mengangkat tangan macam berdoa)

USTAZ

Janganlah kita menjadi macam orang lain yang senang terjebak dalam kemaksiatan. Ingatlah, kita yang memperoleh cahaya ini, patut menjaganya bersungguh-sungguh. Janganlah jadi macam anak muda zaman sekarang ni… (menjeling ke arah meja saintis dan wartawan)

KEDUA-DUA PENGIKUT USTAZ

Astagafirullahhhhhh

WARTAWAN

Eh, itu orang kampung ini juga ke, pak cik?

PAK TAM

(Meletakkan dua cawan teh tarik di atas meja) Haaaaa????

SAINTIS

Pak Tam ni pekak. Kena cakap kuat-kuat sikit!

WARTAWAN

Tak baik tau jerit dekat orang tua-tua ni. Macam inilah, Saya tanya encik sahajalah. Mereka orang kampung ini juga ke?

PENGIKUT SAINTIS 1

Yalah. Tapi, pakaian mengalah orang dari negeri Arab.

Tiga orang lebai duduk di meja berdekatan. Kepala mereka bergerak-gerak seolah meratib-ratib. Ustaz memesan air dan Pak Tam menghadapi kesukaran mendengarnya.

WARTAWAN

Kalau macam itu, baguslah. Lagi ramai saya wawancara, lagi banyak maklumat yang saya dapat. Tapi, eloklah saya mulakan dengan kamu bertiga dulu.

ADEGAN 2

Ustaz kembali duduk di meja. Lampu sorot ditalakan ke arah ketiga-tiga lebai yang baru duduk di meja berlainan. Lampu latar dimalapkan

USTAZ

Alhamdulillah. Moga pengisian ana tadi dapatlah antum semua dapat ambil manfaat. Sekarang, ana buka usrah kita pada perbincangan isu semasa. Ada sesiapa yang nak mulakan dahulu?

PENGIKUT USTAZ 1

Ana rasa biarlah ana mula dulu. Enta mesti tahu apa yang sudah terjadi dekat kampung kita ini. Masya-Allah (menggelengkan kepala)

PENGIKUT USTAZ 2

Masya-Allah (menggeleng-gelengkan kepala juga)

USTAZ

Boleh enta ceritakan apa yang terjadi. Ana tak mahirlah meneka-neka ni.

PENGIKUT USTAZ 1

Ala, enta takkan tak tahu kot.

USTAZ

Betul, ana tak tahu. Ana kan berada di masjid sahaja sepanjang masa. Hari ini sahaja ana ambil keputusan untuk keluar. Kalau tak, mana boleh mencemari kemuliaan ana ni.

PENGIKUT USTAZ 1

Takkan cerita ni tak sampai ke masjid, ustaz? (Ketawa)

(Tiba-tiba terkejut kerana pahanya dikuit oleh pengikut ustaz 2)

PENGIKUT USTAZ 2

Enta ni, tak baik tau biarkan Naqib kita tertanya-tanya. Enta tak tahu ke masjid itu rumah Allah? Mana boleh suka-suka keluar masuk berita. Anta jangan anggap Naqib suka buat macam orang lain buat tau.

PENGIKUT USTAZ 1

( Terdiam. Terasa sangat bersalah) Maafkan ana, akhi.

USTAZ

Tak mengapalah, kerana manisnya ukhwah, ana maafkan. Hah, cepatlah cerita.

PENGIKUT USTAZ 1

Hmmmm…. begini. Ustaz tahu tak yang kampung kita diserang oleh satu wabak. Tapi, wabak ini bukan semua boleh kena tau.

USTAZ

Maksud anta, wabak H1N1? Wabak selesema ba alif ba ya tu ke? Eiii, mana boleh sebut perkataan tu. Kotor hati ana nanti.

PENGIKUT USTAZ 1

Bukan wabak itu. Maksud ana, wabak ini tak boleh berjangkit dekat brothers. Wabak ini hanya kena dekat sisters.

PENGIKUT USTAZ 2

Sisters yang mana enta maksudkan. Yang dalam jemaah ke luar jemaah?

PENGIKUT USTAZ 1

Mestilah luar jemaah. Sisters yang tak reti nak tutup-tutup ni. Bukan apa, ana ada dengar cerita yang wabak ni teruk juga. Suatu hari tu, waktu ana pergi pasar, ana nampak.. err.. ternampak sebenarnya, yang betullah apa yang orang cerita tu benar-benar terjadi.

PENGIKUT USTAZ 2

Apa yang jadi sebenarnya, ya akhi?

PENGIKUT USTAZ 1

Kalau ustaz nak tahu, sisters-sisters tu dah berjanggut. Eiii, muka semua sudah jadi macam laki. Seram ana tengok.

USTAZ

Masya-Allah. Betul ke apa yang enta nampak tu? Mana tahu, pandangan enta dikacau syaitan. Tahu sahajalah, syaitan ini suka menimbulkan fitnah. Tambah-tambah lagi kalau berkait rapat dengan wanita ni.

PENGIKUT USTAZ 2

Betul ke enta cakap ni. Enta jangan main-main. Tak cium bau syurga nanti, baru enta tahu!

PENGIKUT USTAZ 1

Betulllll. Mana ada ana fitnah. Takkan ana nak biar diri ana terbakar dalam neraka waktu akhirat nanti. Ana tengok sendiri dengan mata kepala ana. Itulah yang ana musykil tu. Tapi, ana tak tahu lah siapa sisters-sisters tu. Tapi, apa yang ana pasti, dari segi lenggok jalan goyang pinggul, ana pasti lagi yakin, itu sisters yang luar jemaah kita.

PENGIKUT USTAZ 2

Bukan janggut tipu? Panjang mana janggut tu? Kalau nipis aja, biasalah tu. Mana-mana perempuan tua pun ada tumbuh janggut juga.

PENGIKUT USTAZ 1

Panjangggg. Mula-mula ana ingatkan rambut, ana buat tak kisahlah. Tapi, kalau rambut, kenapa tumbuh depan muka panjang sampai ke dada? Tak pelik ke? Ana nampak mereka cuba sembunyi mula-mula, biasalah malu-malu segan dengan ana.. Tapi, bila angin kuat tiup, kelubung mereka terbang dan ternampaklah apa yang tersirat dan tersurat. Habis lari mereka nak tutup. Tapi nak buat macam mana, Tuhan dah nak tunjuk.

USTAZ

Masya-Allah. Kalau enta cakap macam tu, kita kena tsiqahlah dekat enta.

PENGIKUT USTAZ 1 DAN 2

Masya-Allah.. (menggeleng-geleng)

USTAZ

Eh, cuba dengar betul-betul. Meja sebelah ni, ada borak tentang perempuan berjanggut tu.

PENGIKUT USTAZ 2

Bukan tak baik ke dengar aib orang, ustaz?

USTAZ

Tak apa. Isu ini antum kena tahu. Ini isu umat juga.

Lampu pentas dicerahkan kembali

BABAK 3

WARTAWAN

Apa pandangan encik saintis tentang punca kejadian ini.

SAINTIS

Oh, itu mudah sahaja. Berdasarkan kajian intensif saya, dan beberapa langkah empirik yang telah saya lakukan, ternyatalah apa yang berlaku ini bukan dua, tapi satu puncanya.

PENGIKUT USTAZ 2

Chup, chup. Boleh guna bahasa yang semua orang boleh faham tak?

SAINTIS

Eh, haji-haji sekalian baru turun dari langit mana ni? Tiba-tiba mencelah perbualan orang ni.

PENGIKUT SAINTIS 2

Itulah. Orang macam haji mana boleh dengar bicara orang macam kami. Kami mengaji buku kimia, buku biologi. Dalam bahasa Inggeris pula tu. Lainlah macam haji, mengaji kitab. Kotorlah hati ‘enta’ nanti kalau campur-campur macam ni.

WARTAWAN

Tak mengapa. Teruskan encik saintis. Mungkin mereka juga nak mendengar.

SAINTIS

Keputusan yang saya dapati adalah penumbuhan ketara bulu-bulu di bawah dagu wanita-wanita itu, atau lebih mudah dikenali sebagai janggut, adalah berpunca daripada konsep evolusi Darwin yang songsang yang diakibatkan oleh pengambilan diet yang tidak seimbang. Seperti yang kita tahu…

WARTAWAN

(Memotong cakap) Boleh huraikan apa itu evolusi Darwin songsang?

SAINTIS

Eh, biarlah saya habis cakap dulu. Hah, itulah cik tak mengaji betul-betul dekat sekolah dulu. Kalau tak, mesti sudah dapat belajar di universiti. Tengok macam saya, sampai ke Australia kerajaan kita hantar. Itulah sebabnya, dari sekolah lagi….

WARTAWAN

(Memotong cakap) Eh, encik ni, mahu jawab ke tak? Kalau tak nak jawab, tak perlulah wawancara ni. Saya boleh tanya orang lain. Haji-haji ni pun mungkin banyak maklumat yang boleh saya dapat.

USTAZ

Betul, betul, betul.

SAINTIS

Okey, okey. Dah tak belajar dekat Australia, nak buat macam mana. Begini, dahulu, Darwin pernah mengemukakan teori yang mengatakan bahawa manusia ini, berasal dari beruk.

PENGIKUT USTAZ 1

Dari beruk? Ini syirik ni! Ini khurafat ni!

PENGIKUT SAINTIS 2

Eh, sabar dulu. Biar dia terangkan sampai habis dulu. Jangan melulu ya. Jangan jumud ya.

PENGIKUT USTAZ 2

Jangan main-main hal ni tau. Silap-silap tak boleh tanam dekat kubur orang Islam. Hah, itupun kalau kau mati manusialah. Kalau mati beruk, atas pokoklah kau berulat.

SAINTIS

Eh, cakap baik-baik sikit tau. Darwin ada buat kajian mendalam tau mengenai hal ini. Kau apa tahu? Boleh bagi kitab mana yang terangkan hal ni? Eleh, baru berusrah sikit, dah pandai nak letak kubur orang dekat mana.

WARTAWAN

Tuan haji di sebelah kiri ni boleh sabar sekejap? Saya nak dengar apa yang dia nak terangkan ni. Teruskan encik saintis.

SAINTIS

Proses beruk yang menjadi manusia ini (sambil menjeling ke arah ustaz dan pengikutnya), kita namakan sebagai proses evolusi. Dari berbulu penuh satu badan, tinggal bulu-bulu dekat beberapa tempat sahaja.

PENGIKUT USTAZ 2

Lucah, lucah. Maksiat ni!

SAINTIS

Proses ini mengambil masa yang panjang, beribu-ribu tahun. Tapi sekarang, apa yang berlaku, ia sudah terbalik pula. Evolusi telah berlaku secara songsang.

WARTAWAN

(tekun mencatat) Maksudnya?

SAINTIS

Soalan yang bagus..

PENGIKUT USTAZ 1

Itupun bagus? Ini bibit-bibit penzinaan ni!

PENGIKUT SAINTIS 2

Eh, tiba-tiba pula. Memang baguslah wartawan ni bertanya, nak tahu. Bukan tahu nak menghukum fatwa saja!

WARTAWAN

Kamu berdua boleh diam tak? Saya nak dengar penjelasan dia ni.

SAINTIS

Memandangkan pemakanan kita dalam zaman moden ini tak seimbang, ia memberi kesan terhadap pertumbuhan kita. Kalau dahulu, kita makan pucuk-pucuk daun untuk bertukar dari beruk kepada manusia, kini kita makanan kita menjadi lebih daripada itu. Cik boleh bayangkan sendiri makanan dekat Malaysia ni macam mana. Apabila semua bahan yang terdapat dalam makanan ni masuk dalam badan, maka akan jadi tindak balas kimia. Tindak balas kimia inilah yang akan membuatkan proses evolusi ini menjadi serabut. Hasilnya, pertumbuhan manusia tidak lagi berjalan dengan betul…

WARTAWAN

Maksud encik, makanan kita sekarang ini, punca manusia kembali berbulu macam beruk. Atau lebih tepat lagi, mula menjadi beruk.

SAINTIS

Ya betul! Betul sekali. Bagus betul pandangan cik wartawan Ketupat ni. Nampaknya cik ini saintifik sekali pemikirannya. Saya suka orang saintifik-saintifik ni tau.

PENGIKUT USTAZ 2

Huh, memang nak mula masuk dalam lubang maksiat ni. Ustaz, kita kena buat amar maaruf nahi munkar ni.

USTAZ

Tunggu dulu, kita dengar dulu apa saintis ni nak cakap. Sabar. Antum semua ikut ana istigfar. Istigfar.. Istigfar

PENGIKUT USTAZ 1 dan 2

Istigfar.. Istigfar… Istigfar…

WARTAWAN

(tidak mempedulikan) Tapi, encik mesti kemukakan bukti kalau nak mengetengahkan sesuatu teori. Apa bukti encik saintis? Jangan pandai-pandai nak buat andaian. Tahulah belajar dekat Australia. Tapi, kebenaran tetap kebenaran. Tak kisahlah belajar dekat Australia ke tak.

SAINTIS

Ini! (Mengangkat kelalang kon berisi cecair biru)

WARTAWAN

Eiiiiiiii, apa tu? Kenapa nampak macam jijik sangat? Dekat Australia diajar buat benda tu ke?

SAINTIS

(Ketawa) Inilah campuran segala bahan kimia yang terdapat dalam makanan. Campuran inilah yang akan mempercepat pertumbuhan bulu-bulu di badan. Inilah yang menyebabkan evolusi manusia dari beruk menjadi songsang.

WARTAWAN

Saya tak faham. Macam mana cecair ini boleh sebabkan pertumbuhan.. errr… geli pula saya nak sebut. Apalah teori-teori saintifik zaman sekarang ni. Beruk pun boleh jadi manusia. Manusia pun boleh balik jadi beruk. Ermm, apa ayat yang sopan ni? Aha, bagaimana cecair ini boleh menterbalikkan teori Darwin itu?

SAINTIS

Apa yang saya belajar dari Australia dulu, kita perlukan semacam ‘tikus putih’ untuk kita uji. Sekiranya ‘tikus putih’ itu positif terhadap ujian, maka, terbuktilah punca perempuan di kampung ini adalah disebabkan pemakanan tidak sihat. Itu pun, kalau saya dapat ‘tikus putih’ untuk diujilah.

WARTAWAN

Tapi, bukankah tikus putih sudah ditumbuhi bulu? Ujilah macam mana pun, memang dia sudah ada bulu. Bulu putih pula tu. Eiii, aku gelilah dekat tikus. Sebut pun dah meremang bulu roma.

PENGIKUT USTAZ 2

Apalah ummat sekarang ni bincang bulu-bulu ni. Inilah yang dinamakan perbuatan yang lagha. Perbuatan yang sia-sia. Patutlah Daulah Islam tak tertegak.

PENGIKUT SAINTIS 1

Diamlah! Kerana kajian saintifiklah bangsa barat jadi maju. Kalau takat nak bincang macam mana nak kahwin empat, nak pakai minyak atar jenis apa, nak pakai serban besar mana, memang sampai kiamatlah akan masih begini. Jawab tengok kalau pandai; antara telur dan ayam, mana yang keluar dulu?

PENGIKUT USTAZ 1

Hei, kau tu cakap baik-baik sikit. Apa yang kau tahu tentang agama? Orang-orang macam kamulah yang patut diam. Ini tak, sikit-sikit bertanya. Sikit-sikit bertanya. Ini nak tanya, itu nak tanya. Perangai macam orang Yahudi.

PENGIKUT SAINTIS 2

Haa.. Itulah dinamakan kolot. Itulah dinamakan jumud. Itulah yang dinamakan Yahudi. Eh, tahu tak yang orang Yahudi banyak kali menang Nobel. Hah, memanglah mereka banyak bertanya, sebab mereka pandai.

WARTAWAN

Yang lain-lain ini boleh tolong diam tak? Saya tengah ada wawancara ni. Hah, haji-haji sekalian, sekarang giliran haji pula.

USTAZ

(Kembali semula mendekati mejanya) Anak-anak usrah ana, antum sabarlah. Ini adalah ujian orang-orang beriman, orang-orang bertaqwa.

PENGIKUT SAINTIS 2

Eleh, macamlah mereka sahaja beriman, bertaqwa.

WARTAWAN

Pada pendapat haji sekalian, macam mana kita nak selesaikan masalah perempuan berjanggut dekat kampung ni?

USTAZ

Ana rasa, ini mesti bala dari Tuhan. Tengok, Tuhan suruh tutup aurat, tapi perempuan atau sisters tu tak nak tutup. Sekarang, tengok apa sudah jadi? Berjanggut, berbulu. Hah, itu baru balasan di dunia. Belum tentu balasan di akhirat. Nerakalah tempatnya.

Dulu terbuka sana-sini. Terpampang segala-gala. Sekarang? Huh. Yalah, kalau mereka nak bercukur pun, tapi lama-lama tumbuh balik janggut tu. Takkan perempuan nak bercukur sepanjang masa. Itukan kerja orang lelaki. Lainlah bagi lelaki yang ikut sunah. Takkan nak biar orang ramai akan keliru mana satu lelaki, mana satu perempuan. Nama kampung kita pun nanti busuk pula. Kalau dah jadi macam tu, macam mana kita nak tegakkan daulah dari kampung kita ni? Kan?

WARTAWAN

Jadi, apa yang haji rasa yang haji boleh buat? Saya tanya tentang apa penyelesaiannya. Rasanya, semua dah tahu pun semua ini bala.

USTAZ

(Mengurut-ngurut dagu dan kurang yakin) Hmmmm… hanya dengan dakwah sahaja penyelesaiannya.

PENGIKUT USTAZ 1

Dakwah? Maksud ustaz, kena keluar 40 hari? Boleh bagi nama sekarang, ustaz?

PENGIKUT SAINTIS 1

Eh, eh. Menyelit pula dia. Kalau nak keluar, kau nak pergi mana? Masalah dalam kampung ni, bukan dekat kampung lain.

PENGIKUT USTAZ 1

Kau diamlah.

USTAZ

Tak semestinya kena keluar. Hmmmm, tapi, ana percaya lagi yakin bahawa sesungguhnya dengan dakwah sahajalah yang boleh menyelesaikan masalah ini. Antum kena yakin dengan kenyataan ini. Juga, kepada anda, cik wartawan, cik-cik saintis sekalian. Tak lama lagi, sampailah mesej kita ni pada sister-sisters tu. Insya-Allah

PENGIKUT USTAZ 1 DAN 2

Insya-Allah..

SAINTIS

Wah, hebat sekali slogan tu. Hah, dakwahlah tengok. Betul ke jadi ke tak jadi. Kalau dah pandai cipta slogan tu, masuklah pertandingan mencipta slogan. Mana tahu, boleh menang peti ais.

PENGIKUT USTAZ 2

Kau jangan main-main. Naqib ana ini mulia tau. Sekali tumbuh kurap dekat ketiak kau, baru kau tahu. Hei, hilang sabar aku ni! (Bangun dan bersedia untuk menyerang saintis).

WARTAWAN

Okey, okey. kamu semua ni, cukuplah bergaduh tu. Malu betul dengan ilmu yang kalian ada, tapi perangai macam budak-budak. Beginilah, saya rasa, saya sudah kumpul cukup maklumat untuk setakat ini. Tapi sebelum saya pergi, saya nak meminta jasa baik kalian untuk tunjukkan saya, di mana rumah perempuan berjanggut tu. Boleh tak? Siapa yang boleh bawa kami ke sana? (Bangun)

SAINTIS

Kami boleh bawa. (Pengikut saintis 1 dan 2 sama-sama bangun)

USTAZ

Kami pun boleh bawa. (Ustaz dan pengikut-pengikutnya mendekati wartawan)

PENGIKUT SAINTIS 1

Biarlah kami yang bawa. Tak manis orang tengok orang berjubah berserban usung anak dara orang rata-rata. Biarlah sahajalah kami yang kurang beriman, kurang bertaqwa ni tunjukkan jalan.

PENGIKUT USTAZ 1

Mana boleh. Kalianlah yang tak boleh dipercayai. Orang-orang macam kamilah sahaja yang boleh memelihara fitnah.

(Wartawan berjalan ke arah kereta dan diekori oleh ustaz, saintis dan pengikut-pengikut mereka)

(Pak Tam ke meja untuk membersihkan kotoran. Dia mengangkat kelalang kon yang tertinggal tinggi-tinggi)

PAK TAM

Heii, kalau minum dekat kedai aku, jangan letak air longkang dekat meja makan. Tak senonoh betul. (Mengambil kelalang kon dan bersedia untuk membuangnya)

SAINTIS

Hei, Pak Tam nak buat apa dengan cecair tu? Eh, kau tolong ambil balik cecair tu dari Pak Tam.

PENGIKUT SAINTIS 2

Pak Tam nak buat apa dengan cecair ni? Eh, bagi balik. Itu kami punya!

(Wartawan, jurugambar, saintis, ustaz dan pengikut berhenti, melihat apa yang akan berlaku)

PAK TAM

Eh, kau nak buat apa dengan air longkang ni? Eii, baik aku buang dalam longkang. Bukan ada guna pun.

PENGIKUT SAINTIS 2

Pak Tam, itu hasil kajian saintifik tu! (Merebuti kelalang kon)

PAK TAM

Haa? Air ikan Pasifik berhantu??(Tak mendengar kata pengikut saintis 2) Ishhh, kalau dah tau berhantu, kenapa bawa merata-rata. Aku kena buang ni. Kau bagi aku sahaja buat. Aku tau nak buat apa dengan benda ni. (Bersedia untuk mencampak pada penonton)

SAINTIS

Pak Tam, jangan! (Saintis berlari mendapatkan Pak Tam)

USTAZ

Antum semua tengok, betapa tamaknya orang sekarang dengan benda-benda dunia ni.

WARTAWAN

Eh, dia tu tak boleh ke cakap baik-baik dengan orang tua? Kurang ajar betul. Dengan orang tua pun nak berebut.

(Saintis yang berlari tadi tidak semena-mena melanggar Pak Tam dan cecair tadi mengenai mereka berdua. Pengikut saintis 2 tadi melopong apabila melihat Saintis mengelupur di atas Pak Tam.)

Asap menguasai ruang pentas. Lampu menjadi caca merba. Terdengar jeritan sebelum semua lampu pentas dipadamkan.

ADEGAN 3

Tiba-tiba, kedengaran ketawa seperti ketawa jembalang kemudian lama-kelamaan menjadi suara beruk. Lampu masih tidak dinyalakan.

WARTAWAN

Eiiii, kenapa saintis ni jadi jembalang.

PENGIKUT USTAZ 2

Ustaz, macam mana ni? Ustaz belum ajar lagi jampi nak halau jembalang.

PENGIKUT SAINTIS 1

Apa? Jembalang? Lari, jembalang! Jembalang!!!

PENGIKUT SAINTIS 2

Lari! Lari! Itu bukan jembalang. Itu zombie!!!!

USTAZ

Lari! Lari! Ana belum belajar lagi macam mana jampi halau jembalang atau zombie ni. Hantu mesti terbakar kalau masuk masjid! Jom lari ke masjid!

(Terdengar tapak kaki Ustaz dan orang lain bercempera meninggalkan dewan.)

Prop di pentas berubah. Meja pejabat dan sebuah kerusi ada di tengah-tengah pentas.

(Lampu dicerahkan kembali)

Seorang lelaki yang sedang menghisap paip dan membaca akhbar berjalan masuk ke pentas dan duduk di atas kerusinya. Beberapa ketika kemudian, kedengaran pintu diketuk.

KETUA PENGARANG

Masuk.

WARTAWAN

Cik Syukri nak jumpa saya?

KETUA PENGARANG

Ya, cik Nurul silakan duduk.

WARTAWAN

Terima kasih. Ada apa sebenarnya ni, cik?

KETUA PENGARANG

Saya nak tanya beberapa soalan tentang laporan yang awak buat tentang Kampung Janda Berjanggut tu. Begini, apa pendapat awak tentang kampung itu?

WARTAWAN

Pada pendapat saya, masyarakat kampung itu ada masalah sekularisme yang dahsyat. Pemisahan pemahaman dunia secara rohani dan jasmani inilah yang menyebabkan strata masyarakat menjadi rosak. Agamawan, pemikir sudah celaru mana tempatnya. Malah, masalah pelik-pelik pun boleh terjadi, Encik Syukri.

KETUA PENGARANG

Apa maksud Nurul tu? Boleh ceritakan pada saya, apa yang sebenarnya berlaku.

(Bangun)

Slaid yang menunjukkan gambar-gambar yang ditangkap oleh jurugambar dipaparkan kembali. (Sekiranya tiada projektor, lukisan-lukisan di atas kertas mahjong boleh ditunjukkan pada Ketua Pengarang)

WARTAWAN

Sebenarnya Cik Syukri, kumpulan agamawan di kampung itu menngongkong setiap pergerakan penduduk di situ. Apa yang dibuat, dikatakan semuanya salah. Itu salah. Ini salah. Apa yang betul tidak diberitahu pula. Sesiapa yang tidak mengikut ustaz di kampung itu, akan terus dikatakan ahli neraka. Tapi, siapa yang masuk dalam kumpulan atau kelompok mereka, diberi banyak kelebihan pula.

KETUA PENGARANG

Contohnya?

WARTAWAN

Dapat makan percuma. Dapat kemudahan sukan. Dapat ikut rombongan pusing-pusing negara.

KETUA PENGARANG

Wah, banyaknya aktiviti. Mana dapat duit tu? Ermm.. Tapi, itu tak penting, teruskan cerita, Nurul.

WARTAWAN

Ada sesetengah orang menentang kongkongan golongan agamawan ini. Namun, mereka tidak ada hujah untuk menegur. Tambahan, akhlak dan perangai mereka pun boleh dipersoalkan. Itu sebabnya mereka tak mampu bersemuka untuk menyatakan ketidakpuasan hati. Tambahan, kalau dilihat cuba melawan golongan agamawan, mereka itu akan dilabel sebagai orang menentang agama, tak Islamik dan bermacam-macam lagilah.

KETUA PENGARANG

Oh, sampai begitu sekali. Siapa agaknya orang itu?

WARTAWAN

Siapa lagi kalau bukan golongan yang baru pulang dari Australia ni. Mereka mengaku sahaja mereka saintis, tapi, sebenarnya, tak ada apa-apa pun.

KETUA PENGARANG

Apa yang mereka buat, Nurul?

WARTAWAN

Encik Syukri, mereka telah mencipta sejenis cecair yang cepat menumbuhkan bulu. Eiii, geli pula saya sebut benda-benda ni. Tapi, mereka salah gunakan cecair itu. Mereka membubuh cecair itu dalam telaga asrama janda di kampung tersebut. Jadi, apabila penyakit atau wabak berjanggut ini kena pada janda-janda tu, pastilah mereka mahu menjadi juara untuk menyelesaikan masalah ini, kerana mereka sahajalah mengetahui puncanya. Pada pendapat saya, mereka cuba mengambil kesempatan atas penemuan mereka itu. Mereka yakin, golongan agamawan tidak mampu menyelesaikan masalah ini.

KETUA PENGARANG

Maksud Nurul, mereka mahu menentang golongan agamawan?

WARTAWAN

Bukan menentang. Tetapi mereka mahu memecah kongkongan golongan agamawan kerana mereka tak dapat ruang untuk berkongsi pengetahuan mereka pada masyarakat. Semuanya dihalang atau dikesampingkan oleh golongan agamawan ini. Tapi bagi sayalah kan, mereka bukan nak  sangat mementingkan ilmu sains tu, tapi lebih kepada nak menonjolkan diri. Nak mencari populariti. Huh, kalau nak cepat popular, masuklah Malaysian Idol.

KETUA PENGARANG

Jadi, dalam hal ni, kerana terlalu mahu mengejar populariti, mereka sengaja menyebabkan kejadian Janda Berjanggut itu berlaku. Tentu mereka tahu bagaimana nak mengubati pertumbuhan janggut-janggut itu, kerana merekalah yang mencipta cecair itu, kan?

WARTAWAN

Sudah tentu, cik Syukri!

KETUA PENGARANG

Tapi, akhirnya, ketua saintis itu sendirilah yang terkena bahananya.

WARTAWAN

(Ketawa). Ya, ya. Lebat dan cepat betul bulu badannya tumbuh. Jadi macam jembalang. Cemas sungguh kami waktu itu. Takut pun  ada. Yang lain habis lari lintang pukang, tinggal saya dengan jurugambar sahaja.  Kami cari balik pengikut saintis tu. Mujur, pengikutnya itu tahu penawarnya. Jadi, saya katakan, kalau nak ubati ketua mereka ni, mereka perlu mengakui kesilapan mereka dan mengubati janda kampung itu terlebih dahulu. Jika tidak, saya akan siarkan di media untuk dibaca oleh rakyat seluruh negara.

KETUA PENGARANG

Bijak sekali kamu, Nurul! Saya bangga mempunyai wartawan seperti ini dalam Ketupat.

WARTAWAN

Terima kasih. Terlalu melangit pula pujian itu. Jadi, Encik Syukri, nak tanya apa lagi sebenarnya dari saya ni?

KETUA PENGARANG

Rasa-rasa awaklah kan, patut tak kita terbitkan cerita Kampung Janda Berjanggut ini dalam edisi Ketupat seterusnya? Dalam isu semasa misalnya?

WARTAWAN

(Berfikir sebelum berbicara). Pada pandangan saya, mungkin kita tak perlu tulis secara direct. Tak eloklah cerita tentang keaiban orang ni. Yalah, Ketupat kan majalah berprestij. Kita tak mainlah isu-isu sensasi ni. Tapi, mungkin kita boleh tulis secara kiasan. Barangkali kita boleh tulis skrip drama. Dengar kata, ruang karya kreatif masih kosong.

KETUA PENGARANG

Bagus cadangan kamu tu. Nanti saya akan usahakan. Sebelum awak pergi, saya ada satu lagi soalan terakhir.

WARTAWAN

Apa dia, Encik Syukri?

KETUA PENGARANG

Apa yang terjadi pada Pak Tam di dalam laporan awak di Kampung Janda Berjanggut tu?

WARTAWAN

Sebenarnya……

Lampu dipadamkan perlahan-lahan. Semua pelakon kembali ke pentas dan memberi tunduk hormat. Tirai dilabuhkan.

KEMBARA ILMU III MENDAPAT SAMBUTAN BESAR
JUMAAT, 9 MEI – Program bulanan, Kembara Ilmu III anjuran MISSA semalam mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa Adelaide dengan kehadiran lebih daripada seratus orang. Siri ketiga ini membawa para peserta untuk merenung perbincangan yang bertajuk ‘Kau Sahabat, Kau Teman,’ yang disampaikan oleh Doktor Zaki bin Ibrahim, Presiden ISMA Australia. Program yang bersifat pengisian ilmiah ini bermula pada jam 8.15 malam di Eclipse Room, Union House, University of Adelaide.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Saifuddin Khalid selaku pengerusi majlis kemudian disusuli dengan tayangan video yang mengambil beberapa babak daripada filem dan drama dari Malaysia. Video tersebut menayangkan babak yang bertemakan persahabatan, sebagai pemulaan kepada isi pembentangan yang akan disampaikan seterusnya.

Doktor Zaki kemudian meneruskan pengisian utama program dengan mengajak pendengar untuk membetulkan perspektif dan paradigma mereka mengenai sahabat dan persahabatan. Seruan beliau adalah supaya para para peserta merenung kembali persoalan; kenapakah perhubungan persahabatan itu wujud? “Apakah persahabatan itu kerana wujud seperti bermain futsal, sebelum dapat dikejar, selepas dapat disepak,” Kata Doktor Zaki dalam memberi anologi terhadap jenis-jenis persahabatan..

Peserta ditanya lagi oleh beliau, “Apakah kriteria teman jika kita ingin membawanya untuk mengembara bersama selama lima bulan?” Persoalan ini kemudian dikaitkan dengan persoalan kehidupan manusia yang memerlukan teman untuk mencapai tujuan kehidupan, seperti yang dihuraikan dalam Kembara Ilmu sebelum ini.

Doktor Zaki turut menghuraikan yang sahabat itu adalah cerminan kepada diri sendiri. Selain itu, beliau turut menjelaskan mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh manusia iaitu dugaan daripada iblis yang mahu merosakkan kemanusiaan, dengan menggunakan manusia sebagai agennya.

Teman sejati menurut Doktor Zaki adalah teman yang bersahabat berdasarkan taqwa dan keimanan. “Teman yang baik adalah teman yang memudahkan urusan temannya,” tambah beliau.

“Kemunafikan dalam persahabatan adalah apabila merasa kurang selesa apabila orang lain buat baik kepada orang lain,” ujar beliau lagi.

Pengisian Doktor Zaki diakhiri dengan sesi soal jawab bersama peserta. Doktor Zaki menyatakan bahawa tanggungjawab orang sudah mempunyai kefahaman adalah untuk menyampaikan dakwah kepada manusia bermasalah, apabila ditanya tentang apa peranan kita terhadap orang yang dikatakan menjadi agen syaitan.

Sebelum program tamat, peserta sekali lagi ditayangkan video yang merangkumkan sekali lagi isi yang telah disampaikan oleh Doktor Zaki. Pada penghujung program, pihak penganjur telah menyediakan jamuan ringan berupa nasi lemak. Para peserta bersurai pada jam 10 malam.

Program ini dilihat mampu memberi impak yang besar kepada mahasiswa Adelaide secara keseluruhannya. Diharap, pihak MISSA akan mengekalkan program bermanfaat seperti ini di masa akan datang dengan pengisian yang lebih terbuka isunya.

Menghargai Masa di Kembara Ilmu II, MISSA
Foto dari www.sirikembarailmu.wordpress.com

JUMAAT, 3 APRIL – Program Kembara Ilmu meneruskan kesinambungan perkongsian rohaninya, kali ini bertempat di Surau Union House, University of Adelaide. Seramai seratus orang mahasiswa dan masyarakat Muslim Malaysia telah memenuhi ruang solat utama untuk majlis yang bermula pada jam 8.00 malam itu. Pada malam tersebut, Dr. Mohd Zaki Ibrahim, selaku pembentang kuliah yang bertajuk Masa adalah Kehidupan, telah menjelaskan secara terperinci mengenai pengurusan sebenar masa bagi seorang hamba yang hidup di dunia ini.

Dengan kelengkapan slaid dan pembesar suara, Dr. Zaki telah menghuraikan mengenai kepentingan masa, berdasarkan surah Al-Asr, ayat 1 hingga akhir. Perbandingan antara manusia yang bermatlamatkan kehidupan dunia dan manusia yang yakin kepada akhirat dijelaskan oleh Dr. Zaki, dengan mengetengahkan beberapa kes yang berlaku berdasarkan pengalamannya. Para hadirin yang bersila tekun mendengar huraian Dr. Zaki mengenai tujuan kehidupan ini mengikut pandangan seorang Islam, iaitu mengabdikan diri kepada Allah. Sehubungan dengan itu, Dr. Zaki mengusulkan kepada hadirin supaya memusatkan segala aktiviti kehidupan agar dilaksanakan kerana Allah dan mengikut syariat seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW. Selain itu, Dr. Zaki turut menyeru hadirin untuk memasang cita-cita untuk mencapai kejayaan sebenar bagi seorang Muslim iaitu berjaya menjejakkan kedua kaki di syurga.

Komentar dari Ikhwan Zhaki telah menarik perhatian hadirin. Katanya, ulama terdahulu amat menitikberatkan masa sehingga berusaha menggunakan masa dengan sebaiknya. Salah satu contoh yang dikongsikan oleh Ikhwan adalah ulama terdahulu sanggup mengupah seorang budak untuk membacakannya kitab sewaktu ulama tersebut mandi.

Majlis yang dipengerusikan oleh Saifuddin Khalid ini berakhir pada jam 9.30 malam dengan jamuan dan solat Isyak secara berjemaah. Para hadirin dimaklumkan bahawa salinan slaid dan maklumat lanjut mengenai program Kembara Ilmu boleh didapati melalui laman web program; http://sirikembarailmu.wordpress.com. Program Kembara Ilmu II ini dilihat mampu memberi impak yang positif kepada mahasiswa di Adelaide di samping melahirkan generasi yang cemerlang sahsiah di masa akan datang. – SYUKRI ROSLI

Cerpen – Hari Pertama Itu.
Sekiranya sudah membaca bahagian satu di KETUPAT, sila skrol ke bawah untuk melihat sambungannya.

OLEH MUHAMMAD TEJA

TILMIZ terasa segala-galanya berat. Kakinya berat untuk melangkah ke universiti. Tangannya berat untuk menggores-gores pen di atas kertas catatan. Matanya berat untuk dibeliakkan. Malah, telinganya terasa berat juga untuk mendengar apa-apa bunyi yang masuk. Namun, tanpa kesedaran yang penuh, dia sudah duduk di kerusi di dalam dewan kuliah yang terletak di Bangunan Mawson yang separa penuh dengan siswa-siswi yang berambut kuning dan perang. Keadaan dewan kuliah sedikit riuh kerana rata-rata dari mereka sedang asyik berbual – seputar kehidupan mereka. Namun, tidak bagi Tilmiz, yang tersorok sedikit di bahagian belakang sebelah kanan. Tilmiz diam, menanti pensyarah dalam kantuk dan imaginasi-imaginasi yang keluar masuk di dalam panggung fikiran.

Tilmiz mengingatkan diri, dia tidak boleh begini sepatutnya. Ini sudah tahun kedua, kata hatinya.  Aku perlu lebih rajin. Aku sepatutnya lebih bersemangat! Tilmiz menegakkan duduk dan membetul-betulkan kertas kajang yang masih kosong daripada apa-apa tulisan. Hanya tarikh dan subjek pelajaran – Igneous and Metamorphic tertera di kepala garisan. Tiga orang gadis Australia terkekeh-kekeh mengetawakan sesuatu. Tilmiz tidak ambil pusing. Bercerita hal yang tidak baik tentunya jika seronok begitu, rasa Tilmiz.

Seorang lelaki berkulit gelap, berambut nipis keriting dan tinggi meminta izin untuk duduk bersebelahan dengan Tilmiz. Tilmiz mempersilakan sambil sempat menjeling ke arah lelaki yang dirasakan sama umur dengannya.  Lelaki ini masih di kuliah ini rupanya, kata Tilmiz sendiri.

“Selamat kembali semua!” Professor Madya Collins masuk dan bunyi seperti lebah menghurung sarang surut sehingga diam. “Nampaknya, pencinta bumi masih ramai, tak perlulah kita risaukan tentang pemanasan global.” Seluruh dewan kuliah ketawa. Tilmiz ikut tersengih bersama lelaki Afrika di sebelahnya. Barisan gigi yang terukir menampakkan kontras dengan kulitnya. Pensyarah di hadapan sedang menghidupkan sistem projektor untuk memancarkan slaid, sambil nota berkenaan topik perbincangan kuliah berkitaran. Senyuman yang terukir di bibir bersama barisan gigi yang putih bersih mengingatkan Tilmiz sewaktu mula-mula tiba ke Adelaide, tahun lepas. Kenangan peristiwa itu terbayang-bayang di fikiran.

Eritrea – kata pemandu teksi itu bila Tilmiz bertanya dari manakah asalnya. Dan seusai pemandu teksi itu berkata lembut, senyuman dihulurkan tanda kemesraan. Keresahan hati Tilmiz hilang tatkala terpandangkan kemanisan wajah asing, di tanah yang baharu sahaja dijejakinya beberapa jam lepas. Rasa gelisahnya kerana terlambat dan tertinggal rombongan pelajar baharu yang lain – yang sudah diangkut oleh pelajar-pelajar senior, adalah berpunca daripada kerenah pegawai kastam yang memintanya membuka bagasi untuk melihat kandungan di dalam. Kata seorang pegawai kastam ketika dia ditahan; Tilmiz perlu melalui random checking. Tilmiz tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan random checking yang terasa amat-amat merenyahkan – kandungan beg, perisian laptop dan soal siasat ringkas terpaksa dilaluinya selama lebih kurang sejam setengah.

Cemas apabila kawasan lobi lapangan terbang Adelaide sedikit lengang dan gagal mengesani muka bujur sirih, mata bundar dan hidung penyek, menyebabkan Tilmiz berlari-lari anak ke luar. Tilmiz berkisar di situ sambil troli yang menampung bagasi yang besar ditolak ke sana dan ke mari. Matanya liar melihat orang ramai yang memunggah masuk barangan ke dalam but kereta, sedangkan dia masih terpinga-pinga, mencari siapa yang boleh membantu. Dia marah-marah sendiri kerana kelewatannya keluar dan berasa sedikit sesal kerana tidak menegur beberapa pelajar baru yang lain yang sama penerbangan dengannya (Tilmiz adalah satu-satunya pelajar tajaan syarikat minyak, sedangkan pelajar baharu lain itu adalah tajaan kerajaan dan datang sekali dalam kumpulan mereka). Jika tidak, pasti dia akan ditunggu.

Tilmiz mengambil keputusan untuk mengambil teksi, menuju ke alamat yang dibekalkan oleh agen yang menguruskan visa tempoh hari – alamat asrama pengembara. Seorang lelaki tinggi hitam, dengan janggut nipis keriting dan berkemeja biru memberi salam kepada Tilmiz dan menawarkan perkhidmatan teksi. Dek kerana buntu, Tilmiz terus sahaja bersetuju dan menyandarkan keyakinan yang penuh kepada orang yang dirasakan orang Islam – saudara seagama yang nampak soleh dan boleh dipercayai. Tilmiz menunjukkan alamat yang diberikan, alamat asrama sementara dan membiarkan pemandu Afrika itu membawanya, tanpa dia mengetahui satu apa pun tentang bandar Adelaide ini.

Tilmiz bersandar di kerusi dan menggenggam tali pinggang keledar kuat-kuat kerana resahnya masih bersisa dan ditokok pula dengan rasa ragu-ragu tentang keselamatan diri. Pada mulanya memang dia begitu, namun ketegangan itu mula mengendur apabila pemandu teksi yang bernama Khalid mula mengajak berbual. Bahasa Inggerisnya mudah difahami dan lontaran katanya amat jelas dalam bicara yang sopan. Tangannya pula cekatan memutar stereng dan menukar gear sewaktu melewati pokok gum yang dirimbuni daun hijau runcing dan rumah-rumah banglo setingkat di kiri dan kanan jalan. Kereta di jalan raya dua lorong juga tidak banyak.

“Kau belum ada tempat tinggal di sini?” tanya Khalid.

Tilmiz menggeleng.

“Ada sesiapa yang kamu kenal di sini?”

Tilmiz menggeleng buat kali kedua.

“Tinggal di backpakers menelan belanja banyak. Saya rasa lebih baik awak dapatkan rakan senegara awak.. ermm.. apa kata saya bawa awak ke Masjid City. Di situ, barangkali ada rakan yang boleh membantu. Oh ya, hari ini di masjid ada cleaning spree, gotong-royong. Saya yakin Mat akan berada di sana.”

Tilmiz berasa lega sungguhpun ada sangsi yang masih berbekas. Namun, dia menarik nafas dalam dan mewaraskan persepsi. Barangkali ini adalah satu bentuk bantuan yang tidak disangka-sangka, kata Tilmiz untuk menyedapkan hati. Teksi yang berwarna putih itu berhenti sekali-sekala di lampu isyarat, mencelah antara beberapa kenderaan yang baru dan lama sebelum tiba-tiba brek mengejut. Tilmiz dan Khalid hampir tercampak ke hadapan, namun ditahan oleh tali pinggang keledar. Bahagian hadapan teksi Ford beberapa inci sahaja daripada bercium dengan punggung kereta Mitsubishi yang baharu keluar dari parkir – keluar secara mengundur dan tergesa-gesa.

“Batuan igneous.. seperti yang anda semua tahu, berasal daripada magma yang membeku,” suara Collins (panggilan pensyarah di Adelaide adalah dengan namanya sahaja, tanpa gelaran professor) menerjah kuping Tilmiz dan menghancurkan panggung khayalan. Tilmiz memutar-mutar pen antara ibu jari dan jari telunjuk, mengalih tumpuan pada isi kuliah semula. “Jika magma itu membeku sebelum ia sempat keluar ke permukaan bumi, ia akan menjadi granit. Jika keluar ke permukaan bumi.. melalui gunung berapi.. dan jika ia membeku atau mengeras, ia akan menjadi basalt; batu  yang berwarna hitam. Granit mengambil masa yang lama untuk menghablur dan ia akan menyebabkan lebih banyak mineral yang besar terbentuk padanya. Basalt pula, kerana membebaskan haba dengan cepat di permukaan bumi, maka mineral yang ada padanya begitu kecil, kerana terlalu cepat menghablur.” Tilmiz mencatat isi yang tidak tercetak di dalam nota edaran. Rasa kantuknya tadi hilang entah ke mana, namun ingatannya pada hari pertama sewaktu tiba di Adelaide masih menganggu.

“Do you want to die? Kamu mahu mati?” jerkah pemandu bermata sepet dan berambut tegak, pemilik kereta Mitsubishi hitam, sewaktu teksi mula berjalan kembali. Jerkahan itu bergaung ke dalam telinga kerana tingkap teksi diturunkan kerana Khalid mahu pertelingkahan itu selesai sahaja di situ. Kata-kata itu menusuk jantung Tilmiz, sungguhpun dia ataupun Khalid tidak melakukan kesalahan apa-apa. Tilmiz berharap Khalid mampu memberi amaran supaya pemandu itu lebih berhati-hati dan menghormati pengguna lain di jalan raya.

Sambungan dari KETUPAT Edisi Satu, APRIL

Akan tetapi, Khalid tidak berkata sepatah apa pun. Tangannya diangkat dan dilambai-lambai dan senyuman dengan wajah manisnya itu sahaja diberikan – seolah-olah dia pula yang sedang meminta maaf. Tilmiz mengerutkan dahi, hairan melihat tindakan Khalid yang dirasakan tidak wajar. Sepatutnya pemandu Mitsubishi itulah yang perlu berkata maaf kerana keluar dari parkir tanpa melihat keadaan trafik, tanpa melihat sebuah teksi yang meluncur laju di atas jalan raya. Kejadian itu dirakam oleh ingatan Tilmiz, sehingga masih jelas terpancar, sungguhpun dia berada di dalam dewan kuliah.

“Selain daripada membentuk granit, magma yang membeku di dalam kerak bumi akan menghablur menjadi batu permata, sekiranya mempunyai tekanan dan suhu yang tertentu dan mempunyai ruang untuknya membesar. Biasanya, batu endapan yang menjadi dinding pada kebuk magma itulah yang akan berubah kerana menerima kesan suhu yang tinggi dan tekanan tertentu, untuk menjadi batu permata yang cantik.” Bunyi nota kertas diselak ke muka surat seterusnya secara serentak menguasai dewan kuliah yang memuatkan lebih kurang seratus orang pelajar. “Proses perubahan ini kita namakan sebagai proses metamorfisme. Kalian akan pelajarinya apabila John mengambil alih kuliah ini dari saya kelak.”

Tilmiz tekun mencatat. Sudah menjadi kebiasaan kalau gagal memahami apa yang dicakapkan oleh pensyarah di hadapan, ditulisnya di sisi cetakan nota slaid. Malam nanti atau bila-bila masa akan datang, Tilmiz akan membuka buku teks dan merujuk persoalan itu kembali. Namun, persoalan kenapa Khalid tidak memarahi langsung pemandu yang hampir merosakkan teksinya, terlebih dahulu diladeni oleh Tilmiz, sungguhpun kuliah yang bertajuk; ‘Introduction to Igneous Rock,’ Pengenalan pada batuan Igneous, masih belum habis.

“Kenapa awak tak marahkan pemandu itu tadi? Bukankah dia yang salah?” Tilmiz mahu melepaskan rasa janggal yang meronta-ronta di dalam dada.

“Oh itu..” Khalid mengekalkan senyuman seolah-olah tiada apa yang berlaku. “Kamu pernah dengar orang mengaitkan manusia dengan lori sampah, brother?“ (brother adalah panggilan hormat yang digunakan oleh sesama Muslim dalam Bahasa Inggeris)

Tilmiz menggaru-garu kepala. “Tak pernah. Ceritakanlah.”

“Lori sampah.. mengumpul sampah marah, sampah frust, sampah benci dan sampah-sampah negatif lain. Apabila tongnya sudah banyak dan penuh, lori sampah itu perlu membuang sampah-sampahnya yang sudah bertimbun.” Tilmiz terbayang-bayang muka pemandu tadi yang merah padam. “Apabila ada lori sampah yang mahu membuang sampahnya itu pada orang lain, kita.. sebagai manusia ni.. janganlah mengambil hati sangat terhadap sampah-sampahnya itu. Di pihak kita, kita hadiahkan mereka senyum dan lambaikan tangan. Jangan terlalu ambil pusing.. jangan sampai mengganggu kehidupan seharian kita.” Tilmiz melirik mata pada wajah Khalid yang berseri-seri.

“Dan.. seperkara lagi, janganlah kita pula menjadi lori sampah itu pula. Janganlah kita menghumban sampah yang ada pada kita pada orang yang kita sayang, di tempat kerja.. atau di jalanan sekalipun.” Khalid menyalakan lampu isyarat ke kanan, melintasi jalan dua lorong dan melalui celah-celah bangunan-bangunan kedai. “Kita tak naklah setiap hari apabila kita bangun dari tidur, kita menyumpah-nyumpah marah kan? Hidup ini panjang, Tilmiz.. juga berharga.” Tilmiz mengangguk-angguk. “Jadi, sayangilah orang yang melayan kita dengan baik dan doakanlah orang yang melayan kita dengan sebaliknya. Sepuluh peratus kehidupan ini kita yang tentukan, selebihnya.. adalah bagaimana kita menerimanya.” Barisan gigi yang bersih dan putih milik Khalid menarik Tilmiz untuk menjeling-jeling memerhati. “Baik, kita sudah tiba di Masjid City.” Tilmiz melihat ke arah bangunan segi empat dan dipagari oleh tiga menara setinggi dua puluh meter di setiap penjuru (salah satunya telah tumbang). “Mari turun, saya akan kenalkan kamu pada rakan senegara kamu. Barangkali dia boleh membantu.”

“Baik.. sebelum kuliah hari ini tamat, sesiapa ada soalan?” Kebanyakan pelajar di dalam dewan kuliah sudah mulai mengemas barang – menyimpan buku dan nota catatan di dalam beg masing-masing. Ada beberapa orang pelajar yang duduk di hadapan sudah melangkah keluar. Tilmiz merasakan masa satu jam sungguh cepat berlalu. Dia turut sama kalut-kalut menyimpan barang di dalam meja, sungguhpun tiada apa yang dikejarinya. Pelajar keturunan Afrika yang duduk di sebelahnya sudah mengosongkan tempat duduk. “Bagus.. kalau malu bertanya sekarang, anda boleh e-mel saya..” kata Collins menghabiskan kuliah. Tilmiz menunggu sebentar, membiarkan dua pintu kecil kuliah surut dari kesesakan pelajar yang berpusu-pusu keluar.

Kredit foto: Nuryasmin

Pengisian Rohani di Kembara Ilmu I, MISSA
JUMAAT, 20 MAC – Program Kembara Ilmu yang berkonsepkan kuliah tafsir Al-Quran, anjuran MISSA hari ini membuka ruang untuk mahasiswa di Adelaide mendalami penghayatan agama dan rohani. Program yang bermula pada jam 6.15 petang itu berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya 150 mahasiswa Muslim. Doktor Zaki Ibrahim telah diundang sebagai speaker utama di majlis yang bertempat di Union Cinema, University of Adelaide.

Ayat 208 dan 209 Surah Al-Baqarah, yang membicarakan konsep Islam yang sebenar menjadi inti perbincangan pada program tersebut. Speaker membentangkan mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai individu Muslim yang perlu mengabdikan diri kepada Tuhannya. Tugas sebagai seorang mahasiswa juga perlu diselarikan dengan tuntutan agama dengan menjadikan Islam sebagai neraca dalam pandangan hidup.

“Kita perlu menyusun plan kehidupan kita, jika tidak, orang lain akan menyusun plan kita,” demikian kata Doktor Zaki apabila ditanya peserta tentang apakah langkah pertama yang perlu diambil untuk mencapai misi utama seorang muslim – menjejak kedua belah kaki ke syurga. “Perubahan perlu dilakukan dengan cepat tetapi perlu berkadar-kadar,” ujar beliau apabila seorang lagi peserta bertanya mengenai bagaimana untuk berubah ke arah kebaikan.

Peserta yang hadir ke program tersebut sebahagian besarnya adalah mahasiswa tahun pertama. Kehadiran ini dilihat mampu memberi input yang sangat berguna kepada mahasiswa yang baharu menjejak kaki di Adelaide. Sungguhpun pencahayaan Union Cinema yang agak malap dengan pendingin hawa yang tidak berfungsi, peserta tetap berada di dalam dewan sehingga program tamat pada jam 7.45 petang. Pihak penganjur telah menyediakan makanan ringan dan tayangan video pada penghujung program tersebut. – SYUKRI ROSLI

Academic Day MISSA meriah
Pada 14 Mac 2009, Malaysian Islamic Society of South Australia (MISSA) telah menganjurkan Academic Day 2009 bertempat di Enfield Community Centre, Broadview. Majlis tersebut diadakan untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan pembelajaran di Adelaide kepada mahasiswa baru tahun 2009. Seramai 120 orang pelajar baru telah menghadiri majlis tersebut.

Forum yang memfokuskan perkongsian pengalaman menjadi agenda utama. Tiga orang panelis, Rozanizam Zakaria, Haniza Hassan dan Zai Kanda, dijemput untuk membincangkan kaedah menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan, cara-cara efektif untuk bergaul dengan masyarakat serta perbezaan suasana pembelajaran antara suasana di Malaysia dan di luar negara. Panelis juga berkongsi maklumat dan pengalaman tentang peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan oleh mahasiswa yang menuntut di luar negara seperti bergaul dengan masyarakat dan melatih diri dengan budaya kerja yang diamalkan oleh masyarakat di sini. Seterusnya, hadirin memanfaatkan sesi soal jawab pada penghujung forum.

Hadirin kemudiannya dipecahkan kepada beberapa kelompok mengikut jurusan masing-masing. Pihak penganjur telah menyediakan sudut-sudut maklumat untuk mahsiswa dari jurusan kejuruteraan, perakaunan, pergigian, farmasi, dan senibina. Pada sesi ini, petugas berkongsi maklumat-maklumat berkaitan menurut pengalaman mereka selama mereka menuntut di Adelaide supaya mahasiswa baru dapat memperoleh maklumat yang lebih khusus kepada bidang yang mereka pelajari. Selain itu, buku-buku teks dan nota-nota juga dijual atau diedarkan secara percuma di sudut-sudut tersebut.

Selain daripada sudut akademik, sudut khas untuk kelab dan pertubuhan tertentu seperti Lingkaran Sahabat Sastera (LSS), Malaysia Islamic Society of South Australia (MISSA) serta petugas bebas yang memungut dana untuk membantu muslimin di Gaza turut disediakan. Di sudut LSS, pendaftaran untuk ahli baru dibuka. Selain itu, sudut itu juga mempromosikan karya-karya dalam bahasa Melayu yang boleh dipinjam oleh ahli-ahli berdaftar. Jualan tafsir al-quran, buku-buku agama, kad-kad ucapan serta cenderahati dijual di sudut MISSA. Di sudut kebajikan Gaza, petugas memberi sedikit penerangan tentang situasi konflik di Gaza, selain daripada memungut derma dan menjual kemeja-T untuk tujuan mengumpul dana. Sumbangan akan disalurkan buat saudara muslim di sana.

Kesimpulannya, Academic Day 2009 telah Berjaya meyampaikan maklumat yang yang ingin disampaikan kepada penuntut yang baharu memulakan pengajian pada tahun ini. Selain itu, pertubuhan yang hadir juga dapat mengambil manfaat mempromosikan pertubuhan mereka untuk manfaat masyarakat Malaysia di Adelaide. – Jamil Teratas

Otak pintar
Oleh: Nurul Aini Bakar

Entah mengapa tiba-tiba akal melayang fikir hal dulu. Mengingat kembali perjalanan hidup yang berliku. Mungkin kerana teguran malam. Agar terpecah kesunyiannya. Mengajak aku bermonolog sendiri, dengan bulan dan bintang menjadi pendengar setianya. Malam gelap begini, masih ada yang indah menghiasinya. ‘Masih ada sinar dalam kegelapan jika manusia ingin mencari’; Bagai itu perumpamaannya. Fikiranku berputar menayang memori silam.

Aku masih kecil tika itu. Lain benar fizikalnya berbanding sekarang yang nian indah fikrahnya. Segalanya masih mentah, dalam proses bio yang subur membentuk. Waktu itu aku adalah anak riang yang seronok meneroka keajaiban dunia. Tujuan hidupku hanya untuk bermain dan berkawan. Gaya itu aku belajar. Menumbuh terbit sinaps-sinaps di otak, penghubung input yang mengajar diri bahawa itu adalah itu dan ini adalah ini. Begitu jadinya begitu. Begini jadinya begini. Menarik sekali!

Tatkala itu pula aku meniti usia remaja. Tidak dinafikan lagi aku kanak-kanak pintar. Pemikiranku kelihatannya melangkaui rakan-rakan lain. Ibu tahu, ayah perasan dan guru kagum. Wah aku menjadi siulan ramai! ‘Aku perlu tingkatkan usaha lagi’. ‘Gunakan potensiku ke tahap paling maksimum’. ‘ Semua harus mencontohi aku’. Begitu kata mereka. Aku hanya mengangguk akur dengan kerut wajah seribu.

Kali itu aku berjaya lagi. Tapi mengapa wajahku tidak lagi ceria seperti dulu. Telinga sudah jelak mendengar sampaian ilmu. Mata sudah jemu memandang buku. Otak sudah letih dikerah berfikir. Hati sudah sesak dilanda resah. Jiwaku parah! Bukan kerana penuh terisi tetapi kerana kosong! Apa yang kurang? Bukankah aku sempurna? Punya segala. Lengkap serba-serbi. Otak pintar, cantik rupawan, keluarga yang menyayangi aku juga punya harta yang boleh aku gunakan sepuasnya. Gundah aku gulana. Lara aku sengsara. Ingin saja aku jerit pada dunia, bertanyakan apa masalahku sebenarnya?

Tekadang aku bangga. Punya kelebihan begini berbanding orang lain, aku dipandang agak tinggi. Sehingga mendongak hidungku ke atas. Lagak sungguh! Terasa bagai keliling tidak lagi penting, remeh sahaja. Aku sahaja yang tahu. Aku saja yang bagus. ‘Ahh! Senang saja itu!’ Kerap kali kata-kata itu yang terlaung disanubari. Bagai bergema-gema, aku tuli jadinya dengan ‘pemberian’ ini. Buta sudah menilai apa yang ada disekelilingku. Luar biasa alam semesta, kepandaian manusia, susun atur organisma segala, puput lembut angin, malah ribut taufan dan titik rintik hujan, juga berelung-relung awan, suam bayu dan gelora ombak laut; pintar akalku, semua itu dapat aku tafsirkan. Ku perjelas satu persatu fenomena-fenomena ajaib itu. Hingga ternganga mulut-mulut yang terkesima, takjub dengan otak ligatku. Aku senyum. Tapi puaskah aku? Bagai masih ada yang kurang. Itu sebenarnya yang sering kurasa. Terleka aku dalam lautan ilmu sehingga lupa pada yang lebih mengetahui, DIA si Maha Pencipta!

Bukan salah ibu. Dia hanya ingin melihat anaknya berjaya. Bukan salah ayah. Dia hanya mahu yang terbaik untukku. Pun juga bukan salah guru-guru, yang menjadi jambatan medan ilmu yang begitu luas untuk aku teroka. Cuma aku butuh bukan setakat ilmu duniawi ini. Suapkan makanan rohaniku wahai kalian! Bagaimana dengan pedoman aku sebagai hamba pada yang lebih mengetahui? Aku perlu jalan, ilmu bagi mendekati Dia.

Aku masih ingat lagi tika usiaku menjengah ke usia 18 tahun. Sudah tamat pengajian Sarjana Mudaku di Universiti. Menjadi graduan termuda kebanggaan negara. Tenggelam dalam lautan glamor, aku semakin-makin menjadi lupa diri. Berebut-rebut orang ingin mengambil aku bekerja. Ingin mengeksploitasi kepintaranku. Aku menjadi lemas dalam kabut perhatian manusia yang tak putus-putus. Ku perlu perhatian Yang Maha Mengetahui. Ku butuh perlindungan tuhan dari hasutan lidah yang tak henti berbicara, cuba menarik aku jauh dari pautan pegangan kepercayaanku yang rapuh. Sesungguhnya aku hamba­NYA yang jauh dari sempurna, kurang serba-serbi. Hatiku menjerit kerana hakikat itu. Aku adalah manusia kosong…

Dan kini aku menjejak lembah hina kerana sudah bosan dengan sandiwara dunia yang penuh dengan kepuraan. Keluarga aku tinggalkan kerana sudah bosan dengan desakan akademik yang memualkan. Otak pintar bukan segala-galanya. Jika ia menjadi aset paling bernilai manusia, mengapa aku yang dikatakan diberikan kelebihan akal mengikut nafsu bersifat mengalahkan binatang sekarang? Rasa malu sudah pupus. Mengikut gelojoh hati yang sudah kental diselaput tompok hitam. Aku hanya mengikut kehendak jiwa, mahu bersuka ria selagi nafas masih ada. Bak kata orang, hidup hanya sekali. Huh! Kancah maksiat membuat aku bahagia. Dunia ini sepatutnya menjadi syurga. Ya kan! (bersungguh) Benar kan? (ragu-ragu)

Mendongak langit kembali. Mengalir perlahan ke tubir mata, titik air memecah empangan. Entah mengapa hati terusik. Terusik dengan kekosongannya yang tidak pernah terisi dengan Nur. Mungkin ini petunjuk dari-Nya. Teguran malam yang membuat aku bermuhasabah diri. Bermonolog sendiri, meluah pada bulan dan bintang yang setia mendengar. Masih ada sinar dalam kegelapan jika manusia ingin mencari. Empangan pecah lagi. Apa yang tak kena? Apa yang kurang? Apa yang aku mahu sebenarnya? Apa? Esak tangis semakin hebat.

Kau butuh petunjuk! Agar dapat kau cari jalan kebenaran. Sinar Iman yang dapat menerobos tompok hitam hatimu. Memberi kau kekuatan untuk meneruskan peperangan hidup yang mana musuhnya adalah dirimu sendiri. Sesungguh kau manusia jahil dan bodoh yang menzalimi diri. Manusia lemah yang tiada upaya menahan godaan bala tentera syaitan yang datang dengan segala macam senjatanya. Kau tenggelam dalam ujub nikmat akal fikirmu yang hanyalah sezarah nilai kurniaan Tuhanmu. Kau riak dalam kecantikan yang dihadiahkan-NYA padamu. Kau bakhil dengan harta dunia yang diberikan-NYA padamu. Kau terusan mengikut telunjuk iblis yang mengumpan kau untuk terus kekal di lembah hina itu. Pohonlah duhai insan, mintalah pada-NYA. Yang tak jemu mendengar segala permintaan hambanya. Bertaubatlah! Kerana pintu taubat akan terus terbuka sehinggalah kau menutup mata. Jangan sampai tarikh luput itupun kau terusan hanyut. Ingat duhai insan…

Hai dunia!
Selamat datang ke laman Lingkaran Sahabat Sastera Adelaide. Perabot belum atur. Langsir belum pasang. Maklumlah, rumah baru.

Jangan lupa untuk kembali setelah rumah ini berpenghuni dan berkemas.